Daffodil Crafts

Friday, October 28, 2016

Kenapa Celboard penting dalam aktiviti "Sugarflower".






Ini lah "celboard" tu. Nak kata apa yang best sangat pasal bod ni ialah kerja membunga  jadi lebih mudah bila guna bod ni terutamanya part yang buat bahagian alur kat belakang kelopak dan daun. Ini semua berdasarkan pengalaman sendirilah yang kekadang tu paksa diri untuk buat sugarflower terutamanya untuk tujuan "display" kat kedai kami. =)




Bod ni sebenarnya bod yang tak melekat atau "nonstick board" yang pelbagai guna. Jom kita selidik bagaimana ia memudahkan kerja anda semua, ok. Bod ini mempunyai 2 permukaan yang berbeza.

1. Satu permukaan "celboard" ni sememangnya dicipta dengan beberapa alur menegak. Ia adalah untuk mencipta alur atau ruang bagi memasukkan dawai bunga samada di belakang kelopak bunga mahupun daunnya. Rujuk gambar diatas. 

2. Terdapat lubang kecil dengan saiz yang berbeza. 

Ia bertujuan untuk membuat bunga kecil dengan
teknik topi "Mexican" atau "Mexican Hat". Antara
bunga yang biasa dengan teknik ini adalah bunga
"forget me not", bunga melur atau bunga kecil 
yang berkelopak 5. Bahagian yang dihasilkan 
oleh teknik tadi adalah tempat untuk cucuk dawai.

3. Sebelah permukaan lagi berbentuk flat. Anda
boleh gunakan ia untuk mencanai "gumpaste" 
untuk tujuan "sugarflower" mahupun "sugar modelling".

Sebagai seorang "cake decorators" peralatan kecil sebegini sangat membantu. Selain ia menjimatkan masa, anda boleh minimakan kos sebab banyak urusan dapat diselesaikan dengan aplikasi alat bantuan dekorasi berbanding dengan tanpa alat. Ya, setiap alat ada pelaburannya dan ia adalah aset untuk perniagaan anda. Aset pula adalah sesuatu yang boleh menjana pendapatan. Jadi, anda haruslah memaksimakan sebaik mungkin semua aset-aset anda ini termasuklah "CELBOARD".




Tuesday, October 25, 2016

Tema Silhouette menjadi "trend" terkini dalam dekorasi kek 





Tau kan tema silhouette ni. Alaa yang tema bayang-bayang tu. Contoh seperti gambar diatas. Apa yang bestnya trend ni dalam dekorasi kek anda?

1. MUDAH: sangat mudah untuk menyiapkan dekorasi anda. Percaya atau tak, hanya dengan  3 langkah mudah anda dah boleh siapkan dekorasi tema ni.

  • gelek "gumpaste" yg telah diwarnakan hitam (brand terbaik untuk dapatkan warna hitam adalah pewarna paste dari Sugarflair)
  • tekap dengan silhouette cutter yang anda mahu 
  • tampal desain silhouette tadi pada tepi atau atas kek (guna sedikit air untuk lekatkan pada kek fondan)

2. SIMPLE atau RINGKAS: tema ini sangat ringkas khasnya untuk peminat kek yang "least is the best". Walaupun ia ringkas, efeknya sangat baik. Ia mampu menukarkan imej kek anda dari biasa-biasa kepada efek professional dan elegan. 

3. KREATIF: ia juga membantu anda maksimakan kreativiti anda pada kaedah yang paling minima. Acaner tu? Camni anda boleh berkreativiti tanpa susah payah nak gunting sendiri segala bentuk dan desain silhouette tu. Kaedahnya sangat minima dengan hanya aplikasi silhouette cutter yang memang ada dalam pelbagai desain menarik.



Gambar testimoni kami, En Ruffey Cackey dari Batu Pahat, Johor yang mengaplikasikan "wedding silhouette cutter" dalam dekorasi kek beliau.

p/s: jangan takut untuk buat pelaburan dalam peralatan dekorasi kek ni. Itu semua adalah ASET KECIL anda sebagai cake decorators dan tugas utama anda adalah menggandakan penggunaan aset tersebut untuk ia jana lebih banyak order dari pelanggan. Dalam kata lain maksimakan aset anda untuk pendapatan yang lebih banyak. Nanti kita kupas dalam tulisan yang akan datang ya.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk info ni. Rasa bermanfaat? Ayuh klik butang kongsi sekarang kerana ramai lagi rakan bakers yang belum arif mengenainya.




Sunday, October 23, 2016

Kisah 24k Gold & Silver Leaf



"Leaf" ni memang sangat dicari ramai "bakers" dan "cake decorators" untuk diaplikasi dalam seni hias kek, macaron dan coklat mereka. Cuba bayangkan hanya dengan secalit emas atau silver ni, dekorasi anda memang akan nampak lebih professional.

Ada pun cara mengendalikan "leaf" ini sedikit berbeza. Hanya kerana ia sangat "fragile" dan "soft", perhatian yang sangat tinggi adalah diperlukan.

Berikut adalah tips bagaimana anda boleh mengendalikan ia dengan baik.

1. Elakkan ia terdedah di kawasan yang berangin seperti depan kipas, "aircond" atau hanya dengan libasan kertas biasa yang boleh meliuk-lentuk kan leaf tersebut.

2. Buka perlahan-lahan dengan tenang.
 
3. Ambil "gold" atau "silver" leaf dengan "WOODEN TWEEZER" untuk ditabur atau dilekatkan pada dekorasi anda.

4. Jaga pernafasan anda ya, jangan sesekali bernafas dengan kuat ketika mengendalinya.

5. Buka apabila ada keperluan sahaja, selebihnya simpan di dalam kertas yang lebih keras untuk menjaga bentuk asalnya.

Gambar di bawah ni adalah akibat membuka gold leaf didalam kereta yang beraircond kuat. Ketika penulis cuba membaik pulih gold leaf tersebut, ia melekat semua di tangan. =)




Haa inilah sedikit pesanan dari kami. Didoakan perusahaan anda semua diberkati Allah dan maju jaya.

Terima kasih tau sebab sentiasa menyokong kami. =)
Tips Mengendalikan HOMEMADE GUMPASTE 



1. Sentiasa balut gumpaste dengan cling wrap dan simpan gumpaste didalam bekas kedap udara sebelum dimasukkan kedalam freezer

2. Penyimpanan gumpaste didalam freezer tahan selama 6 bulan

3. Keluarkan gumpaste dan biar pada suhu bilik selama 24 jam sebelum digunapakai
4. Konsistensi gumpaste sangat penting terutama untuk digunapakai dengan cutters ataupun membuat bunga 
5. Sekiranya gumaste terlalu lembut, uli dengan tepung jagung sehingga anda mendapatkan konsistensi yagn betul dan tepat
6.Sekiranya gumpaste terlalu keras, sapukan sedikit shortening pada tangan dan uli gumpaste untuk dapatkan konsistensi terbaik
7. Setiap 100g gumpaste boleh digunakan untuk hiasan kek bersaiz 8" 
8. Sentiasa cover gumpaste yang tidak digunakan dengan plastik wrap bagi mengelakkan ia terdedah kepada udara dan mengering dengan cepat

Kuasai teknik asas gumpaste dapat membantu anda menghasilkan kreativiti & dekorasi yang terbaik. Rahsia terbesar kepada penggunaan peralatan dekorasi kek seperti "cutters" dan "molds" adalah KONSISTENSI.




Selamat ber"gumpaste".

nota: kongsikan dengan ramai rakan lain yang pasti memerlukan info ini ya. =)
Resepi "HOMEMADE GUMPASTE".

Bahan-bahan:
5 tsp air sejuk
2 tsp gelatin serbuk
500 g gula aising yang diayak 3 kali 
2 tsp Tylose Powder
2 tsp liquid glucose
4 tsp white vegetable fat

Cara-caranya adalah  seperti berikut:

1. Ayak gula aising 3 kali (jika perlu) dan tambahkan serbuk tylose ke dalam bekas pengadun.
2. Panaskan air dengan teknik "double boil".
3. Masukkan serbuk gelatin secara merata hingga  larut diikuto dengan cecair glukos dan lemak sayur. Biar seketika.
4. Kacau perlahan gula aising dan tuangkan larutan gelatin tadi.
5. Putar beberapa minit. Uli dengan tangan sehingga doh gumpaste tidak melekat pada tangan.
6. Bulat-bulatkan kepada 6 ketul doh kecil dan balut setiapnya dengan "cling wrap". Sadur doh kecil tadi dengan sedikit lemak sayur untuk menjaga kelembapannya.
7. Simpan ditempat kedap udara dan kering selama 24 jam sebelum diguna pakai.



Anda rasa info ini bermanfaat, klik butang kongsi di fb untuk rakan-rakan yang lain ya. Sama-sama kita berkongsi perkara bermanfaat.

Terima kasih dan selamat mencuba.
Kenapa pilih "Tylose/Tylo Powder"

Tylo/tylose Powder ini mempunyai fungsi yang sama dengan cmc atau gum tragacanth dalampembuatan gumpaste, edible glue etc. Malah ia mempunyai kualiti yang jauh lebih baik terutama untuk gumpaste anda. Penggunaan tylo powder ini sangat disyorkan untuk mendapat hasil yang lebih baik.


~ gumpaste jadi lebih kenyal n elastik
~ mudah kering jika terdedah kpd udara
~ hasil gumpaste yang putih melepak & tidak perlu kepada extra whitener paste

~ hasil mewarna yang lebih cantik kerana base gumpaste yang putih melepak, bila diadun dgn warna yang berbeza memberi efek yang cantik berbanding dgn penggunaan gum trag yang menghasilkan gumpaste yagn kekuningan, bila diadun dengan pes warna menghasilkan warna yang kurang menarik

~ sangat menjimatkan masa dan tenaga

sukatan diperlukan sekiranya ingin menukar bahan resepi utk tylose 

1 tsp TYLOSE = 1 1/2 ~ 2 tsp GUM TRAGACANTH

selamat mencuba 

Apa itu "Gumpaste".

Gumpaste adalah bahan yang sangat diperlukan dalam menghasilkan model-model bunga, orang, animals berasaskan gula. Gumpaste yang baik dari kualiti boleh bertahan sehingga 6 bulan jika disimpan didalamm freezer.

Setiap 100g gumpaste boleh digunakan didalam dekorasi kek yang bersaiz 8". Kualiti bahan seperti tylo powder juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan gumpaste yang cantik dan putih bersih.

Mahukan anda mempelajari teknik dan resepi yang betul menghasilkan gumpaste yg baik ini?


Kita kongsi resepi dalam tulisan seterusnya ya.

Saturday, October 22, 2016


Cipta “Peony Blooms” anda yang pertama.
Alat-alat yang diperlukan:
Peony Blooms Cutter
Deep Peony Veiner
Air dry clay
40 urat peony stamen
Tape bunga hijau
Dawai 24 & 28 gauge
Celboard & celpin
Drying foam  
Petal pad                               
      









  

Aplikasinya seperti berikut:

1.Ambil sedikit dry clay dan canai diatas celboard menggunakan celpin. Letakkan ia pada kedudukan yang tepat pada alur celboard.

2. Tekap peony blooms cutter, alihkan.

3. Ambil kelopak peony yang siap tadi dan cucuk dengan dawai bunga sejarak 1/3 di bahagian beralur dibelakang kelopak peony.

4. Nipiskan sedikit tepi kelopak peony dengan celpin dibahagian yang separa bulat.

5. Posisikan ia diatas “deep peony veiner” dan tekap dengan sekata. Keluarkan ia dan jemur atas “drying foam’.

6. Ulang langkah diatas hingga selesai kesemua kelopak peony. Anggaran kelopak yang diperlukan adalah 5 keping kelopak saiz #2, 10 keping kelopak saiz #3 dan 5 keping kelopak saiz #4.

7. Ikat peony stamen dengan dawai bunga 28g. Sedia untuk mengikat 3 kelopak paling kecil dengan tape bunga hijau. Susun stamen di bahagian paling tengah. Ikat kelopak seterusnya hingga selesai.


https://www.daffodilcrafts.com.my

Friday, October 21, 2016


Nyahkan "kerisauan" anda!

Kami faham kerisauan sebagai bakers dan "cake decorators", seringkali mendapat tempahan kek dari pelanggan dan mereka minta sesuatu tema yang kita tiada ada fasiliti tersebut. Contohnya ni bunga peony yang seringkali menjadi idaman setiap pelanggan, nak letak sekuntum kat atas kek. Sekuntum pun jadilah. Kita pun mengiakan ajer kehendak mereka walaupun pada saat tu tak tau pun mana nak dapat cutter ni.

Tak per akak, kami sedia membantu. Itulah misi kami di Daffodil Crafts ni. Demi membantu para "cake decorators" menyempurnakan seni hias kek dan memaksimakan kreativiti anda semua dengan membekalkan kelengkapan dekorasi kek yang berkualiti premium. Ok dah ni isu ni kita kira setel dah ok.

Gambar dibawah ni contoh testimoni kami (@han2cake, Mr Anand & Pn Norhayati Jusoh) bagaimana mereka berjaya mencipta bunga peony yang anggun dan juga membuat kelas untuk berkongsi skil dan pengetahuan mencipta bunga peony. Semuanya diaplikasi dari Peony Blooms Cutter dan Deep Peony Veiner kami.

 

Ok jemput singgah laman web kami untuk harga PROMOSI sekarang ya.

Monday, October 17, 2016

RINGKASAN PENEKAT HURUF (ALPHABET CUTTERS)




Fungsi:
menyampaikan mesej pendek diatas kek,coklatkek mini, kek cawan dan sebagainya

Ia merupakan antara peralatan asas yang wajib ada dalam koleksi para kek dekorator atau bakers. Menurut pengalaman kami, kebanyakan mereka akan mencari AC ini untuk dekorasi tulisan pada kek cawan atau kek seperti "selamat bertunang" etc. AC ini sangat famous dikalangan para cake designer.

Terdapat beberapa jenis AC iaitu TAPPIT & CLIKSTIX dan penggunaannya agak berbeza.


TAPPIT ( need to slowly tap on hands to take its font out)
~ jenis panjang seperti pembaris nipis
~ terdapat 4 jenis tulisan iaitu PLAIN, SCRIPT , FUNKY & OLD ENGLISH


CLIKSTIX (need to click the side ejector to take its font out)
~ panjang seperti pembaris & 2 lapis
~ terdapat ejector pada tepi (kanan & kiri)
~ 3 jenis tulisan iaitu GROOVY, BLOCK, CANDY, SMALL, GOTHIC & SCRIPT

Kami pasti ramai yang maklum berkenaan perkara ini. Nanti kami share cara-cara yang mudah untuk menggunakannya


APLIKASI TEKAT HURUF - CLIKSTIX


Mudahkan penyampaian mesej atas kek anda. Tool ini sangat mudah digunakan sebenarnya

1. Sapu nipis tepung jagung pada clikstix
2. Gelek gumpaste secara melintang n sapu nipis tepung jagung pada permukaan gumpaste itu
3. Tekap dengan clikstix n bersihkan tepi2 clikstix sebelum mengeluarkan font dengan menekan ejektor pada tepi clikstix
4. Untuk dapatkan efek "embossed" font, sebelum anda tekan ejektor, anda boleh press belakang clikstix ketika gumpaste masih didalam dan seterusnya press ejektor untuk mengeluarkan fon tersebut
5. Susun font mengikut kreativiti anda

nota: penting utk dapatkan konsistensi yg betul bg gumpaste sbelum digunakan dengan any cutters

Cara-cara aplikasin clikstix adalah seperti berikut: (sumber youtube)

http://www.youtube.com/watch?v=OrG4bbz_fcU


APLIKASI TEKAT HURUF - TAPPIT

 

1. Sapu nipis tepung jagung pada tappit
2. Gelek gumpaste secara melintang n sapu nipis tepung jagung pada permukaan gumpaste itu
3. Tekap fon yang anda inginkan pada permukaan gumpaste dan bersihkan tepi-tepi cutter yang terdapat lebihan gumpaste tadi pada tappit sebelum mengeluarkan font
4. Biarkan ia set (firm atau keras sedikit) didalam cutter tersebut selama 4-5 minit sebelum dikeluarkan (INI SANGAT PENTING UNTUK DAPATKAN FON YG KEMAS DAN CANTIK)
5. Pukul tappit secara perlahan pada pergelangan tangan dan fon akan terkeluar dan tertanggal dengan mudahnya dari tappit
5. Susun fon mengikut kreativiti anda

Cara-cara aplikasi tappit menurut sumber dari sumber youtube

http://www.youtube.com/watch?v=dpbi3qgzfok

apa yang penting dalam mendapatkan hasil yang kemas dan cantik adalah KONSISTENSI gumpaste yang anda gunakan. Pastikan ianya tidak terlalu lembut dan keras. Tidak mengapa jika anda menghasilkan gumpaste dari resepi yang berbeza, cuma pastikan anda dapatkan konsistensi yang tepat.

anda wajib manfaatkan setiap pelaburan yang telah dilakukan dalam peralatan dekorasi ini, pastikan anda maksimakan kreativiti anda dalam setiap dekorasi kek anda dan jadikan ia sebagai alat untuk menarik lebih banyak order masuk kedalam perniagaan anda

=)

https;//www.daffodilcrafts.com.my
fbpage/Instagram/Pinterest: Daffodil Crafts
whatsapp/telegram: 0189794540