Daffodil Crafts

Monday, November 14, 2016




BOD untuk FIGURA GULA

Terpanggil untuk berkongsi rasa dengan anda semua mengenai perkara diatas. Ianya antara perkara yang sering diabaikan dalam aktiviti figura gula atau "sugar modelling". 

Tahukah anda bod yang digunakan didalam semua aktiviti membunga atau pun figura gula diatas dicipta khas untuk seni dekorasi kek? Ia dibuat dari bahan plastik yang selamat untuk kegunaan makanan atau "food safe". Ia bukan dicipta sama dengan bod alat tulis yang mungkin mengandungi bahan kimia yang tidak selamat untuk kita.  

Aktiviti membuat figura gula memerlukan kita untuk mencanai, menggentel, menekap dan sebagainya yang perlu dilakukan diatas bod yang rata. Maka gunalah bod yang selamat kerana kita bakal meletakkan figura tersebut diatas kek. Bayangkan kita menggunakan alas yang bukan "food safe" untuk kerja figura tersebut tanpa mengambil kira bahan kimia yang mungkin melekat pada figura tersebut. Lalu dideko diatas kek dan menyebabkan pencemaran secara tak langsung.

Jom kita berikan yang terbaik dan selamat untuk pengguna kita. Justeru, mulai hari ini buat sedikit pelaburan didalam bod ini. Kita untung kerana bod tersebut merupakan aset kecil kita yang boleh diguna pakai berulang kali untuk menjana pendapatan lagi di masa hadapan. 

Nak jimat lagi, kita boleh guna belakang CELBOARD kerana ia mempunyai permukaan yang rata dan sangat sesuai untuk aktiviti figura gula. Berapa ramai dari kita yang dah maksimakan aplikasi celboard ni untuk kegunaan dekorasi kek?

No comments:

Post a Comment