Daffodil Crafts

Tuesday, February 28, 2017

Roda Warna dan Aplikasinya


Lama tak menulis untuk sharing dengan anda semua. Ada yang tertunggu-tunggu perkongsian dari kami? 😍

Ok hari ni kita kongsikan mengenai RODA WARNA atau COLOR WHEEL ya. Alat ini sangat penting untuk anda tau terutamanya yang terlibat dalam bidang dekorasi kek ni. Ni kita tunjukkan gambarnya ya. ❤

Apa itu RODA WARNA atau COLOR WHEEL


Ia adalah carta panduan untuk bancuhan warna yang tepat bagi menghasilkan warna yang dikehendaki. Roda ini sesuai untuk bancuhan pewarna "food-safe" iaitu pewarna buttercream, fondan mahupun gumpaste. Cuma perlu bijak mengaplikasikan warna-warna ini untuk dekorasi kek anda yang lebih indah hasilnya.

Kepentingan Roda Warna dalam bancuhan Krim


Warna memain kan peranan yang penting dalam dekorasi kek. Kombinasi warna yang betul boleh menambah seri dekorasi kek anda. Persoalannya adalah bagaimana mahu mengadun warna untuk menghasilkan warna yang lebih harmoni apabila ditatarias pada kek. Justeru, aplikasi "roda warna" atau "COLOR WHEEL" sangat diperlukan sebagai panduan untuk mendapatkan bancuhan pelbagai warna yang tepat.

Cara aplikasi:

1. Pilih warna yang berada diluar kotak wheel atau roda
2. Selarikan warna di wheel tersebut
3. Warna campuran akan muncul di tingkap carta warna ini (boleh rujuk anak panah pada carta ini)

sila rujuk gambar disebelah: contoh kuning + biru = hijau.

Jika dilihat pada roda luar, di antara warna kuning dan kuning-hijau, terdapat anak panah yang menunjukkan ke kiri dan ke kanan. Warna-warna disebelah kiri kuning adalah warna-warna "warm". Manakala warna-warna disebelah kanan kuning-hijau adalah warna-warna "cool".

Terdapat banyak lagi tips dan info pada "color wheel" ini untuk rujukan kita. Nantikan artikel seterusnya untuk kami kupaskan dengan lebih lanjut. Bagaimana anda rasa dengan artikel pendek ini? Adakah ia bermanfaat untuk anda?

Jika ada keperluan untuk carta warna ini, mohon kunjungi laman sesawang rasmi kai atau WA terus pada nombor dibawah ya. 

www.daffodilcrafts.com.my

WA +601120594988