Daffodil Crafts

Monday, March 13, 2017

Daffodil Ganache Board & Scraper

Apakah ia "Daffodil Ganache Board" & "Scraper" ni?

Sebelum ini, ramai sangat bakers yang tercari-cari peralatan ini. Ia sangat berguna untuk mencipta kek yang bersudut tajam atau "sharp edge". Bagaimana ya?

Ok seperti yang ramai tahu, untuk menghasilkan "sharp edge" adalah lebih mudah jika ia dibentukkan sedemikian dengan "chocolate ganache" sebelum ia dibalut dengan fondan.


Cara-caranya aplikasi:

  • Gunting kertas alas kek mengikut saiz ganache board anda dan lekatkan pada setiap ganache board 
  • Susun kek mengikut ketinggian yang anda mahukan diatas sekeping ganache board
  • Salut dengan chocolate ganache diatas dan ditepi kek dan ratakan sebelum diletakkan sekeping bod di bahagian atas kek. Letak seimbang.
  • Apabila kedua bod diletak seimbang, proses seterusnya adalah meratakan bahagian tepi kek dengan Daffodil Scraper.
  • Guna bahagian Daffodil Scraper yang berbucu "slanting" untuk meratakannya. Ia sangat mudah dan cepat. Ketebalan krim anda juga sama iaitu pada .5" tebal.


  • Biarkan ia mengeras seketika sebelum ditanggalkan bod dan dialihkan pada bod kek yang biasa.

Ini adalah Daffodil Scraper yang kami cipta khas untuk semua bakers. 
  • Ia mempunyai ketebalan 5mm untuk lebih kukuh.
  • Ia mempunyai 2 penjuru tegak dan 2 penjuru yang "slanting" 45 degree. 
  • Ia diperbuat dari material acrylic yang tahan lasak.
  • Ia berwarna hitam

Nantikan kemunculan Daffodil ganache board ni dilokasi kami. Jika anda memang memerlukan set ini, boleh hubungi cik puan Nurul melalui WA dengan segera ya. Ada TAWARAN yang menarik menanti anda.

WA +601120594988

Friday, March 3, 2017

Manfaat Roda Warna dalam kehidupan seorang BAKER

๐ŸŒˆ Bagaimana utk BERJIMAT ๐ŸŒท

Sebagai bakers anda pasti risau dengan kenaikan harga barang sekarang ni kan. Apa yang boleh kami bantu anda disini? Dengan RODA WARNA ni anda tak perlu susah payah dapatkan pelbagai warna utk aktiviti dekorasi kek anda. Cukup hanya dengan MEMAHAMI & TAHU apa KEPERLUAN warna anda. 

๐ŸŽช Cadangan kami adalah anda hanya perlukan enam botol pewarna yang WAJIB seperti dibawah:
  1. Warna Primer iaitu MERAHKUNING & BIRU
  2. Warna PUTIH untuk TINT
  3. Warna HITAM untuk SHADE
  4. Warna KELABU untuk TONE
๐Ÿ„Jadinya anda hanya PERLUKAN 6 WARNA ASAS untuk menghasilkan warna-warna lain. Eh, biar betikkkkk! Ya betul dah ni. Anda cuma perlukan panduan dari RODA WARNA ini untuk mendapatkan warna selainnya dan pastinya WAJIB FAHAM bagaimana menggunakan roda warna ini.๐Ÿ„

๐Ÿ’Manfaat-manfaat lain:๐Ÿ’
  • Jimat KOS
  • Jimat MASA
  • Adunan warna yang lebih MENARIK
  • Maksimakan kreativiti dengan pelbagai WARNA
๐ŸŒˆSiapa yang PERLUKAN roda warna ini?๐ŸŒท
  • Home bakers
  • Professional Cake Decorators
  • Tenaga Pengajar Kulineri
  • Pelajar Kulineri
  • Pengusaha bakeri
๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒทAmacam sekarang? Rasa-rasa BEST ke BEST? Nak beli 20 warna lain atau nak beli 6 warna jer? Pilihan ditangan anda ๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท


Wednesday, March 1, 2017

Kenali Asas Aplikasi Warna

Panduan Roda Warna atau Color Wheel

Ok kita sambung kupasan panduan aplikasi carta warna ni ya. =) Anda pasti tertanya-tanya bagaimana nak jadikan roda warna warna sebagai rujukan.

Jom kita tengok apa yang dikatakan dengan:

Warna Primer (Primary Color)

  • Terdiri dari 3 warna asas  merah, kuning dan biru. 
  • Ia adalah warna yang tidak boleh diadun untuk menghasilkannya
Warna Sekunder atau Pertengahan (Secondary Color)
  • Terdiri daripada campuran 2 warna asas diatas
  • Contohnya seperti berikut: 
    • merah campur kuning jadi oren
    • biru campur merah jadi ungu
    • kuning campur biru jadi hijau
Warna Tertier (Tertiery Color)
  • Terdiri daripada 6 warna
  • Ia dihasilkan dengan campuran 1 warna primer dan warna sekunder yang bersebelahan pada roda warna seperti berikut:
    • kuning-oren
    • kuning-hijau
    • merah-oren
    • merah-violet
    • biru-violet
    • biru-hijau

Pada asasnya, WARNA itu terdiri d aripada 3 karakter iaitu HUE, VALUE dan INTENSITY.
  • HUE: nama spesifik warna seperti biru, hijau, kuning, oren dan sebagainya
  • VALUE: nisbah kecerahan atau kegelapan sesuatu warna (rujuk pada skala kelabu atau grey pada gambarajah)
  • INTENSITY (KEAMATAN): puriti atau keaslian warna yang menentukan nisbah kecerahan atau kesuramannya

Jom kita lihat rajah disebelah ni dan buat
sedikit latihan ok. =)

1. Lihat pada warna YELLOW-GREEN & GREEN.
2. Di bawahnya ada campuran warna PUTIH 
3. Lihat pada hasil warnanya mengikut anak panah  pada roda warna
4. Warnanya lebih cerah dari warna asalnya kan.
5. Ini adalah contoh campuran warna dengan putih atau lebih dikenali sebagai TINT
6. Warna tint adalah warna yang lebih lembut kerana campuran putih menyebabkan ia lebih cair dan cerah.

Ok masih merujuk gambar diatas ni. 
  1. Lihat pula pada warna HIJAU gelap atas tu. Dibawahnya ada campuran HITAM.
  2. Lihat pada hasilnya mengikut anak panah. Warnanya lebih gelap dari warna asalnya. 
  3. Ini adalah contoh campuran warna dengan hitam atau lebih dikenali sebagai SHADE
Rumusannya adalah seperti berikut:

  • TINT: warna dengan campuran PUTIH
  • SHADE: warna dengan campuran HITAM
  • TONE: warna dengan campuran KELABU
Ok sekarang bagaimana rasanya? Dah boleh faham dan yakin
 untuk merujuk pada roda warna ini dalam senihias kek anda?
 Artikel selepas ini akan kita kupaskan bagaimana nak 
hasilkan warna-warna monochrome? Nampak gambar disebelah ni? Nanti kita kupas lagi ok.

Anda rasa artikel ni bermanfaat untuk anda & rakan-rakan bakers yang lain. Boleh tolong kita uar-uarkan kegunaan roda warna ni? Terima kasih tau.

Hmm jika masih ada yang sangat memerlukan roda warna ni boleh hubungi kita terus ya. Untunglah bakers yang dah ada roda ni, warna kek krim diaorang pun pasti meletopsss. Tak caya, cer tengok hasil krim cikgu Atie Sweetchocbakeries di facebook beliau. =)

https://www.daffodilcrafts.com.my

WA +601120594988