Daffodil Crafts
Tuesday, November 7, 2017
Sunday, September 10, 2017
INI KISAH BAKERS GIRANG BILA TRIM KEK JD SUPER DUPER TEGAK, PELOLES & MUDAH DGN #daffodilscraper
"K Masssss Daffodil Crafts!! π£π£π£Rasa mcm jatuh chenta berulang2 kali sbb scraper hitam elegant + macho + flawless ni mmg TERBAIK. πππ 4-5 kali sapu jer kek dah hensem. ππSukaaaaaa.... Kalau anda seorang baker, ini adalah benda WAJIB yg kena ada." ππ
"Semalam first time guna #daffodilscraper.... cantekkkk kemasannya.
Alhamdulillah. ππ"
"Yesterday after mid night i ganached this 6 inch tall cake. When u
own a good scraper and good recipe of chocolate ganache, you can
save time & make life so much easier with out struggle. Im not
archiving sharp edge cake, as long as can cover fondant easy & smooth."
Yg atas ni adalah contoh #kegembiraanberganda para bakers di Malaysia yg dah guna #daffodilscraper ni.
"Yg ni yg saya beli, stainless steel. Tp tengok bucu, tetap tak tajam macam yg plastik kuning (ada gmbr). Yg plastik kuning tu bentuk bucu bagus, tapi sbb dia plastik, so dia akan melentur bila nak scrape ganache" πͺπͺπͺ
"Susahnya nak dapatkan scraper tegak 90 darjah kat sini, trim kek jd condong."πͺ
"Biasa buat kek tinggi tp nak lepa tepi kek tu scraper pendek." π’
"Scraper plastik bila dibasuh air panas, berubah bentuk pulop."
Antara isu yg mengganggu bakers dlm bab nak buat kemasan tepi kek krim atau ganache. Semua ni ada solusi dgn #daffodilscraper. π
.
.
Siapa lg yg masih belum ada set ni? Setel isu kek x peloles. Trim kek semudah abc. π΄ Bertindak PANTAS SEKARANG,
KLIK SINI -->http://bit.ly/2tYGpoF
KLIK SINI -->http://bit.ly/2tYGpoF
KLIK SINI -->http://bit.ly/2tYGpoF
KLIK SINI -->http://bit.ly/2tYGpoF
KLIK SINI -->http://bit.ly/2tYGpoF
Monday, March 13, 2017
Daffodil Ganache Board & Scraper
Apakah ia "Daffodil Ganache Board" & "Scraper" ni?
Sebelum ini, ramai sangat bakers yang tercari-cari peralatan ini. Ia sangat berguna untuk mencipta kek yang bersudut tajam atau "sharp edge". Bagaimana ya?
Ok seperti yang ramai tahu, untuk menghasilkan "sharp edge" adalah lebih mudah jika ia dibentukkan sedemikian dengan "chocolate ganache" sebelum ia dibalut dengan fondan.
Cara-caranya aplikasi:
- Gunting kertas alas kek mengikut saiz ganache board anda dan lekatkan pada setiap ganache board
- Susun kek mengikut ketinggian yang anda mahukan diatas sekeping ganache board
- Salut dengan chocolate ganache diatas dan ditepi kek dan ratakan sebelum diletakkan sekeping bod di bahagian atas kek. Letak seimbang.
- Apabila kedua bod diletak seimbang, proses seterusnya adalah meratakan bahagian tepi kek dengan Daffodil Scraper.
- Guna bahagian Daffodil Scraper yang berbucu "slanting" untuk meratakannya. Ia sangat mudah dan cepat. Ketebalan krim anda juga sama iaitu pada .5" tebal.
Ini adalah Daffodil Scraper yang kami cipta khas untuk semua bakers.
- Ia mempunyai ketebalan 5mm untuk lebih kukuh.
- Ia mempunyai 2 penjuru tegak dan 2 penjuru yang "slanting" 45 degree.
- Ia diperbuat dari material acrylic yang tahan lasak.
- Ia berwarna hitam
Friday, March 3, 2017
Manfaat Roda Warna dalam kehidupan seorang BAKER
π Bagaimana utk BERJIMAT π·
Sebagai bakers anda pasti risau dengan kenaikan harga barang sekarang ni kan. Apa yang boleh kami bantu anda disini? Dengan RODA WARNA ni anda tak perlu susah payah dapatkan pelbagai warna utk aktiviti dekorasi kek anda. Cukup hanya dengan MEMAHAMI & TAHU apa KEPERLUAN warna anda.
πͺ Cadangan kami adalah anda hanya perlukan enam botol pewarna yang WAJIB seperti dibawah:
- Warna Primer iaitu MERAH, KUNING & BIRU
- Warna PUTIH untuk TINT
- Warna HITAM untuk SHADE
- Warna KELABU untuk TONE
πJadinya anda hanya PERLUKAN 6 WARNA ASAS untuk menghasilkan warna-warna lain. Eh, biar betikkkkk! Ya betul dah ni. Anda cuma perlukan panduan dari RODA WARNA ini untuk mendapatkan warna selainnya dan pastinya WAJIB FAHAM bagaimana menggunakan roda warna ini.π
πManfaat-manfaat lain:π
- Jimat KOS
- Jimat MASA
- Adunan warna yang lebih MENARIK
- Maksimakan kreativiti dengan pelbagai WARNA
- Home bakers
- Professional Cake Decorators
- Tenaga Pengajar Kulineri
- Pelajar Kulineri
- Pengusaha bakeri
π·π·π·Amacam sekarang? Rasa-rasa BEST ke BEST? Nak beli 20 warna lain atau nak beli 6 warna jer? Pilihan ditangan anda π·π·π·
Wednesday, March 1, 2017
Kenali Asas Aplikasi Warna
Panduan Roda Warna atau Color Wheel
Ok kita sambung kupasan panduan aplikasi carta warna ni ya. =) Anda pasti tertanya-tanya bagaimana nak jadikan roda warna warna sebagai rujukan.
Jom kita tengok apa yang dikatakan dengan:
Warna Primer (Primary Color)
Pada asasnya, WARNA itu terdiri d aripada 3 karakter iaitu HUE, VALUE dan INTENSITY.
Ok kita sambung kupasan panduan aplikasi carta warna ni ya. =) Anda pasti tertanya-tanya bagaimana nak jadikan roda warna warna sebagai rujukan.
Jom kita tengok apa yang dikatakan dengan:
Warna Primer (Primary Color)
- Terdiri dari 3 warna asas merah, kuning dan biru.
- Ia adalah warna yang tidak boleh diadun untuk menghasilkannya
Warna Sekunder atau Pertengahan (Secondary Color)
- Terdiri daripada campuran 2 warna asas diatas
- Contohnya seperti berikut:
- merah campur kuning jadi oren
- biru campur merah jadi ungu
- kuning campur biru jadi hijau
Warna Tertier (Tertiery Color)
- Terdiri daripada 6 warna
- Ia dihasilkan dengan campuran 1 warna primer dan warna sekunder yang bersebelahan pada roda warna seperti berikut:
- kuning-oren
- kuning-hijau
- merah-oren
- merah-violet
- biru-violet
- biru-hijau
Pada asasnya, WARNA itu terdiri d aripada 3 karakter iaitu HUE, VALUE dan INTENSITY.
- HUE: nama spesifik warna seperti biru, hijau, kuning, oren dan sebagainya
- VALUE: nisbah kecerahan atau kegelapan sesuatu warna (rujuk pada skala kelabu atau grey pada gambarajah)
- INTENSITY (KEAMATAN): puriti atau keaslian warna yang menentukan nisbah kecerahan atau kesuramannya
Jom kita lihat rajah disebelah ni dan buat
sedikit latihan ok. =)
1. Lihat pada warna YELLOW-GREEN & GREEN.
2. Di bawahnya ada campuran warna PUTIH
3. Lihat pada hasil warnanya mengikut anak panah pada roda warna
4. Warnanya lebih cerah dari warna asalnya kan.
5. Ini adalah contoh campuran warna dengan putih atau lebih dikenali sebagai TINT
6. Warna tint adalah warna yang lebih lembut kerana campuran putih menyebabkan ia lebih cair dan cerah.
Ok masih merujuk gambar diatas ni.
- Lihat pula pada warna HIJAU gelap atas tu. Dibawahnya ada campuran HITAM.
- Lihat pada hasilnya mengikut anak panah. Warnanya lebih gelap dari warna asalnya.
- Ini adalah contoh campuran warna dengan hitam atau lebih dikenali sebagai SHADE
Rumusannya adalah seperti berikut:
- TINT: warna dengan campuran PUTIH
- SHADE: warna dengan campuran HITAM
- TONE: warna dengan campuran KELABU
Ok sekarang bagaimana rasanya? Dah boleh faham dan yakin
untuk merujuk pada roda warna ini dalam senihias kek anda?
Artikel selepas ini akan kita kupaskan bagaimana nak
hasilkan warna-warna monochrome? Nampak gambar disebelah ni? Nanti kita kupas lagi ok.
Anda rasa artikel ni bermanfaat untuk anda & rakan-rakan bakers yang lain. Boleh tolong kita uar-uarkan kegunaan roda warna ni? Terima kasih tau.
Hmm jika masih ada yang sangat memerlukan roda warna ni boleh hubungi kita terus ya. Untunglah bakers yang dah ada roda ni, warna kek krim diaorang pun pasti meletopsss. Tak caya, cer tengok hasil krim cikgu Atie Sweetchocbakeries di facebook beliau. =)
https://www.daffodilcrafts.com.my
WA +601120594988
Tuesday, February 28, 2017
Roda Warna dan Aplikasinya
Lama tak menulis untuk sharing dengan anda semua. Ada yang tertunggu-tunggu perkongsian dari kami? π
Ok hari ni kita kongsikan mengenai RODA WARNA atau COLOR WHEEL ya. Alat ini sangat penting untuk anda tau terutamanya yang terlibat dalam bidang dekorasi kek ni. Ni kita tunjukkan gambarnya ya. ❤
Apa itu RODA WARNA atau COLOR WHEEL
Ia adalah carta panduan untuk bancuhan warna yang tepat bagi menghasilkan warna yang dikehendaki. Roda ini sesuai untuk bancuhan pewarna "food-safe" iaitu pewarna buttercream, fondan mahupun gumpaste. Cuma perlu bijak mengaplikasikan warna-warna ini untuk dekorasi kek anda yang lebih indah hasilnya.
Kepentingan Roda Warna dalam bancuhan Krim
Warna memain kan peranan yang penting dalam dekorasi kek. Kombinasi warna yang betul boleh menambah seri dekorasi kek anda. Persoalannya adalah bagaimana mahu mengadun warna untuk menghasilkan warna yang lebih harmoni apabila ditatarias pada kek. Justeru, aplikasi "roda warna" atau "COLOR WHEEL" sangat diperlukan sebagai panduan untuk mendapatkan bancuhan pelbagai warna yang tepat.
Cara aplikasi:
1. Pilih warna yang berada diluar kotak wheel atau roda
2. Selarikan warna di wheel tersebut
3. Warna campuran akan muncul di tingkap carta warna ini (boleh rujuk anak panah pada carta ini)
sila rujuk gambar disebelah: contoh kuning + biru = hijau.
Jika dilihat pada roda luar, di antara warna kuning dan kuning-hijau, terdapat anak panah yang menunjukkan ke kiri dan ke kanan. Warna-warna disebelah kiri kuning adalah warna-warna "warm". Manakala warna-warna disebelah kanan kuning-hijau adalah warna-warna "cool".
Terdapat banyak lagi tips dan info pada "color wheel" ini untuk rujukan kita. Nantikan artikel seterusnya untuk kami kupaskan dengan lebih lanjut. Bagaimana anda rasa dengan artikel pendek ini? Adakah ia bermanfaat untuk anda?
Jika ada keperluan untuk carta warna ini, mohon kunjungi laman sesawang rasmi kai atau WA terus pada nombor dibawah ya.
www.daffodilcrafts.com.my
WA +601120594988
Tuesday, December 6, 2016
Pengenalan Daffodil Airbrush
Set ini direka khas dengan ciri-ciri berikut, desain “bukan silinder” dan
jenis “bukan minyak”. Jenis “bukan-minyak” ini memberi jaminan medium
transmisinya tidak tercemar. Cecair keluarannya adalah stabil dan tekanan airbrush
ini dalam lingkungan 15-30 psi. Ia sangat sesuai untuk digunakan didalam
aktiviti dekorasi kek, make-up, airbrush nail, spray flower dan sebagainya. Ia
juga boleh digunakan secara berterusan
Penjagaan Airbrush
1. Kosongkan
cup cecair dan basuh dengan air paip. Jika perlu boleh guna berus halus.
2. Penuhkan
cup dengan air atau pencuci airbrush, blok sarung jarum dengan jari dan sembur.
Udara akan mengalir ke belakang nozel untuk membersihkan pewarna yang terperangkap
didalam airbrush.
3. Biarkan ia kering.Spesifikasi:
1pc Daffodil airbrush ( double
action)
Feed Type:Gravity
Nozzle: diameter.0.3 mm
Body Length:150mm
Working Pressure:15-30PSI
Control: Push-Button
Cup Capacity: 7CC
1pc TG215S compressor
1. Voltage: DC12V 50Hz/60Hz
2. Current: less than 800MA
Power: 9W
3. Pressure: 25PSI
4. Air output per min./litres: more than 7L/min
5. Weight: 0.71kg
6. Size: 134MM*104MM*57MM
1pc AC adapter
1pc Mositure trap
1pc Air hose
1pc
white box packageCara Pemasangan Airbrush
Ini adalah “hose connector” dan “hose connector nut” yang didapati didalam kotak airbrush berwarna biru.
Langkah utama:
Masukkan “hose connector” ke dalam “hose connector nut” seperti gambar disebelah.
Langkah Seterusnya:
Sambungkan hujung “hose connector” dengan “air hose” berwarna hitam. Pasangkan “air hose nut” tersebut pada airbrush seperti gambar.
Sambung
semua bahagian:
Pasangkan setiap sambungannya
dengan betul. Pastikan kompressor diletakkan di permukaan rata untuk
stabilkannya. Ikut susunan ini:
Plag disambungkan dengan
kompressor. Kompressor bersambung dengan “moisture trap”, “air hose” dan
seterusnya airbrush yang siap dipasang dengan “hose connector”. Rujuk gambar
sebelah.
Cara Aplikasi
1. Setelah selesai menyambung
airbrush, hose dan kompressor dengan sempurna, letakkan kompressor di permukaan
rata untuk stabilkan kedudukannya.
2. Longgarkan sedikit butang
dibelakang airbrush atau “adjusting nut” (rujuk gambar airbrush diatas) untuk
memberi ruang pergerakan pada butang operasi airbrush atau “operation lever”.
3. Isikan pewarna cecair yang
telah dibancuh atau pewarna khas airbrush.
4. Pasangkan plag airbrush
pada panel elektrik atau soket. Tekan butang “ON/OFF” pada kompressor untuk
membuka dan menutup kompressor.
5. Pusing butang “MODE” pada
kompressor untuk mengawal kelajuan semburan udara/warna.
6.
Pegang airbrush dengan betul seperti gambar dibawah. Apabila butang operasi ditekan, semburan udara akan dikeluarkan dari jarum hadapan airbrush. Bawa butang operasi ke belakang dan ke hadapan untuk menghasilkan semburan pewarna.
Pegang airbrush dengan betul seperti gambar dibawah. Apabila butang operasi ditekan, semburan udara akan dikeluarkan dari jarum hadapan airbrush. Bawa butang operasi ke belakang dan ke hadapan untuk menghasilkan semburan pewarna.
7. Kondisi warna tertakluk
kepada jarak permukaan kerja dekorasi anda dengan airbrush.
8. Untuk mewarna garisan halus, tanggalkan sarung
jarum atau “needle cap” dan halakan airbrush pada permukaan kerja dengan jarak
yang lebih dekat.
Amaran
- Jangan tukar tahap kelajuan atau pusing butang “MODE” terlalu cepat, ia akan merosakkan motor. Buat dengan perlahan-lahan.
- Simpan kompressor ditempat yang kering, bersih dan pengudaraan yang baik. Suhu yang paling baik untuknya adalah 0 ~ 40C dan elakkan cahaya matahari.
- Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan kompressor.
- Jangan menggunakan kompressor bekerja lebih dari 20 minit jika tidak menyambungnya dengan “air hose” dan airbrush.
- Sila simpan airbrush di tempat “holder” nya apabila tidak digunakan.
- Kompressor ini adalah untuk digunakan dengan Daffodil Airbrush yang bersifat “double action”.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Panduan Roda Warna atau Color Wheel Ok kita sambung kupasan panduan aplikasi carta warna ni ya. =) Anda pasti tertanya-tanya bagaimana nak...
-
Resepi "HOMEMADE GUMPASTE". Bahan-bahan: 5 tsp air sejuk 2 tsp gelatin serbuk 500 g gula aising yang diayak 3 kali 2 tsp Tylose ...
-
Apakah ia "Daffodil Ganache Board" & "Scraper" ni? Sebelum ini, ramai sangat bakers yang tercari-cari peralatan...