Pengenalan Daffodil Airbrush
Set ini direka khas dengan ciri-ciri berikut, desain “bukan silinder” dan
jenis “bukan minyak”. Jenis “bukan-minyak” ini memberi jaminan medium
transmisinya tidak tercemar. Cecair keluarannya adalah stabil dan tekanan airbrush
ini dalam lingkungan 15-30 psi. Ia sangat sesuai untuk digunakan didalam
aktiviti dekorasi kek, make-up, airbrush nail, spray flower dan sebagainya. Ia
juga boleh digunakan secara berterusan
Penjagaan Airbrush
1. Kosongkan
cup cecair dan basuh dengan air paip. Jika perlu boleh guna berus halus.
2. Penuhkan
cup dengan air atau pencuci airbrush, blok sarung jarum dengan jari dan sembur.
Udara akan mengalir ke belakang nozel untuk membersihkan pewarna yang terperangkap
didalam airbrush.
3. Biarkan ia kering.Spesifikasi:
1pc Daffodil airbrush ( double
action)
Feed Type:Gravity
Nozzle: diameter.0.3 mm
Body Length:150mm
Working Pressure:15-30PSI
Control: Push-Button
Cup Capacity: 7CC
1pc TG215S compressor
1. Voltage: DC12V 50Hz/60Hz
2. Current: less than 800MA
Power: 9W
3. Pressure: 25PSI
4. Air output per min./litres: more than 7L/min
5. Weight: 0.71kg
6. Size: 134MM*104MM*57MM
1pc AC adapter
1pc Mositure trap
1pc Air hose
1pc
white box packageCara Pemasangan Airbrush
Ini adalah “hose connector” dan “hose connector nut” yang didapati didalam kotak airbrush berwarna biru.
Langkah utama:
Masukkan “hose connector” ke dalam “hose connector nut” seperti gambar disebelah.
Langkah Seterusnya:
Sambungkan hujung “hose connector” dengan “air hose” berwarna hitam. Pasangkan “air hose nut” tersebut pada airbrush seperti gambar.
Sambung
semua bahagian:
Pasangkan setiap sambungannya
dengan betul. Pastikan kompressor diletakkan di permukaan rata untuk
stabilkannya. Ikut susunan ini:
Plag disambungkan dengan
kompressor. Kompressor bersambung dengan “moisture trap”, “air hose” dan
seterusnya airbrush yang siap dipasang dengan “hose connector”. Rujuk gambar
sebelah.
Cara Aplikasi
1. Setelah selesai menyambung
airbrush, hose dan kompressor dengan sempurna, letakkan kompressor di permukaan
rata untuk stabilkan kedudukannya.
2. Longgarkan sedikit butang
dibelakang airbrush atau “adjusting nut” (rujuk gambar airbrush diatas) untuk
memberi ruang pergerakan pada butang operasi airbrush atau “operation lever”.
3. Isikan pewarna cecair yang
telah dibancuh atau pewarna khas airbrush.
4. Pasangkan plag airbrush
pada panel elektrik atau soket. Tekan butang “ON/OFF” pada kompressor untuk
membuka dan menutup kompressor.
5. Pusing butang “MODE” pada
kompressor untuk mengawal kelajuan semburan udara/warna.
6.
Pegang airbrush dengan betul seperti gambar dibawah. Apabila butang operasi ditekan, semburan udara akan dikeluarkan dari jarum hadapan airbrush. Bawa butang operasi ke belakang dan ke hadapan untuk menghasilkan semburan pewarna.
Pegang airbrush dengan betul seperti gambar dibawah. Apabila butang operasi ditekan, semburan udara akan dikeluarkan dari jarum hadapan airbrush. Bawa butang operasi ke belakang dan ke hadapan untuk menghasilkan semburan pewarna.
7. Kondisi warna tertakluk
kepada jarak permukaan kerja dekorasi anda dengan airbrush.
8. Untuk mewarna garisan halus, tanggalkan sarung
jarum atau “needle cap” dan halakan airbrush pada permukaan kerja dengan jarak
yang lebih dekat.
Amaran
- Jangan tukar tahap kelajuan atau pusing butang “MODE” terlalu cepat, ia akan merosakkan motor. Buat dengan perlahan-lahan.
- Simpan kompressor ditempat yang kering, bersih dan pengudaraan yang baik. Suhu yang paling baik untuknya adalah 0 ~ 40C dan elakkan cahaya matahari.
- Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan kompressor.
- Jangan menggunakan kompressor bekerja lebih dari 20 minit jika tidak menyambungnya dengan “air hose” dan airbrush.
- Sila simpan airbrush di tempat “holder” nya apabila tidak digunakan.
- Kompressor ini adalah untuk digunakan dengan Daffodil Airbrush yang bersifat “double action”.