Panduan Roda Warna atau Color Wheel
Ok kita sambung kupasan panduan aplikasi carta warna ni ya. =) Anda pasti tertanya-tanya bagaimana nak jadikan roda warna warna sebagai rujukan.
Jom kita tengok apa yang dikatakan dengan:
Warna Primer (Primary Color)
- Terdiri dari 3 warna asas merah, kuning dan biru.
- Ia adalah warna yang tidak boleh diadun untuk menghasilkannya
Warna Sekunder atau Pertengahan (Secondary Color)
- Terdiri daripada campuran 2 warna asas diatas
- Contohnya seperti berikut:
- merah campur kuning jadi oren
- biru campur merah jadi ungu
- kuning campur biru jadi hijau
Warna Tertier (Tertiery Color)
- Terdiri daripada 6 warna
- Ia dihasilkan dengan campuran 1 warna primer dan warna sekunder yang bersebelahan pada roda warna seperti berikut:
- kuning-oren
- kuning-hijau
- merah-oren
- merah-violet
- biru-violet
- biru-hijau
Pada asasnya, WARNA itu terdiri d aripada 3 karakter iaitu
HUE, VALUE dan
INTENSITY.
- HUE: nama spesifik warna seperti biru, hijau, kuning, oren dan sebagainya
- VALUE: nisbah kecerahan atau kegelapan sesuatu warna (rujuk pada skala kelabu atau grey pada gambarajah)
- INTENSITY (KEAMATAN): puriti atau keaslian warna yang menentukan nisbah kecerahan atau kesuramannya
Jom kita lihat rajah disebelah ni dan buat
1. Lihat pada warna YELLOW-GREEN & GREEN.
2. Di bawahnya ada campuran warna PUTIH
3. Lihat pada hasil warnanya mengikut anak panah pada roda warna
4. Warnanya lebih cerah dari warna asalnya kan.
5. Ini adalah contoh campuran warna dengan putih atau lebih dikenali sebagai TINT
6. Warna tint adalah warna yang lebih lembut kerana campuran putih menyebabkan ia lebih cair dan cerah.
Ok masih merujuk gambar diatas ni.
- Lihat pula pada warna HIJAU gelap atas tu. Dibawahnya ada campuran HITAM.
- Lihat pada hasilnya mengikut anak panah. Warnanya lebih gelap dari warna asalnya.
- Ini adalah contoh campuran warna dengan hitam atau lebih dikenali sebagai SHADE
Rumusannya adalah seperti berikut:
- TINT: warna dengan campuran PUTIH
- SHADE: warna dengan campuran HITAM
- TONE: warna dengan campuran KELABU
Ok sekarang bagaimana rasanya? Dah boleh faham dan yakin
untuk merujuk pada roda warna ini dalam senihias kek anda?
Artikel selepas ini akan kita kupaskan bagaimana nak
hasilkan warna-warna monochrome? Nampak gambar disebelah ni? Nanti kita kupas lagi ok.
Anda rasa artikel ni bermanfaat untuk anda & rakan-rakan bakers yang lain. Boleh tolong kita uar-uarkan kegunaan roda warna ni? Terima kasih tau.
Hmm jika masih ada yang sangat memerlukan roda warna ni boleh hubungi kita terus ya. Untunglah bakers yang dah ada roda ni, warna kek krim diaorang pun pasti meletopsss. Tak caya, cer tengok hasil krim cikgu Atie Sweetchocbakeries di facebook beliau. =)
https://www.daffodilcrafts.com.my
WA +601120594988