Daffodil Crafts

Tuesday, December 6, 2016


Pengenalan Daffodil Airbrush

Set ini direka khas dengan  ciri-ciri berikut, desain “bukan silinder” dan jenis “bukan minyak”. Jenis “bukan-minyak” ini memberi jaminan medium transmisinya tidak tercemar. Cecair keluarannya adalah stabil dan tekanan airbrush ini dalam lingkungan 15-30 psi. Ia sangat sesuai untuk digunakan didalam aktiviti dekorasi kek, make-up, airbrush nail, spray flower dan sebagainya. Ia juga boleh digunakan secara berterusan

Penjagaan Airbrush

1.       Kosongkan cup cecair dan basuh dengan air paip. Jika perlu boleh guna berus halus.
2.       Penuhkan cup dengan air atau pencuci airbrush, blok sarung jarum dengan jari dan sembur. Udara akan mengalir ke belakang nozel untuk membersihkan pewarna yang terperangkap didalam airbrush.
3.       Biarkan ia kering.


Spesifikasi:

1pc Daffodil airbrush ( double action)
Feed Type:Gravity
Nozzle: diameter.0.3 mm
Body Length:150mm
Working Pressure:15-30PSI
Control: Push-Button
Cup Capacity: 7CC

1pc TG215S compressor
1. Voltage: DC12V  50Hz/60Hz
2. Current: less than 800MA    
     Power: 9W
3. Pressure: 25PSI
4. Air output per min./litres: more than 7L/min
5. Weight: 0.71kg                                    
6. Size: 134MM*104MM*57MM
1pc AC adapter
1pc Mositure trap
1pc Air hose
1pc white box package





Cara Pemasangan Airbrush

Ini adalah “hose connector” dan “hose connector nut” yang didapati didalam kotak airbrush berwarna biru. 

Langkah utama:

Masukkan “hose connector” ke dalam “hose connector nut” seperti gambar disebelah.




Langkah Seterusnya:


Sambungkan hujung “hose connector” dengan “air hose” berwarna hitam. Pasangkan “air hose nut” tersebut pada airbrush seperti gambar.



Sambung semua bahagian:

Pasangkan setiap sambungannya dengan betul. Pastikan kompressor diletakkan di permukaan rata untuk stabilkannya. Ikut susunan ini:
Plag disambungkan dengan kompressor. Kompressor bersambung dengan “moisture trap”, “air hose” dan seterusnya airbrush yang siap dipasang dengan “hose connector”. Rujuk gambar sebelah.

Ok dah sedia untuk aktiviti airbrush. Selamat berjaya!


Cara Aplikasi

1.    Setelah selesai menyambung airbrush, hose dan kompressor dengan sempurna, letakkan kompressor di permukaan rata untuk stabilkan kedudukannya.
2.    Longgarkan sedikit butang dibelakang airbrush atau “adjusting nut” (rujuk gambar airbrush diatas) untuk memberi ruang pergerakan pada butang operasi airbrush atau “operation lever”.
3.    Isikan pewarna cecair yang telah dibancuh atau pewarna khas airbrush.
4.    Pasangkan plag airbrush pada panel elektrik atau soket. Tekan butang “ON/OFF” pada kompressor untuk membuka dan menutup kompressor.
5.    Pusing butang “MODE” pada kompressor untuk mengawal kelajuan semburan udara/warna.
6.   
Pegang airbrush dengan betul seperti gambar dibawah. Apabila butang operasi ditekan, semburan udara akan dikeluarkan dari jarum hadapan airbrush. Bawa butang operasi ke belakang dan ke hadapan untuk menghasilkan semburan pewarna.
7.    Kondisi warna tertakluk kepada jarak permukaan kerja dekorasi anda dengan airbrush.
8.    Untuk mewarna garisan halus, tanggalkan sarung jarum atau “needle cap” dan halakan airbrush pada permukaan kerja dengan jarak yang lebih dekat.

Amaran

  •     Jangan tukar tahap kelajuan atau pusing butang “MODE” terlalu cepat, ia akan merosakkan motor. Buat dengan perlahan-lahan.
  •     Simpan kompressor ditempat yang kering, bersih dan pengudaraan yang baik. Suhu yang paling baik untuknya adalah 0 ~ 40C dan elakkan cahaya matahari.
  •     Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan kompressor.
  •     Jangan menggunakan kompressor bekerja lebih dari 20 minit jika tidak menyambungnya dengan “air hose” dan airbrush.
  •     Sila simpan airbrush di tempat “holder” nya apabila tidak digunakan.
  •     Kompressor ini adalah untuk digunakan dengan Daffodil Airbrush yang bersifat “double action”.

Sunday, December 4, 2016

Daffodil Airbrush


🌪Yeay! Berita baik untuk anda. Set airbrush Daffodil dah tiba tadi ya. Dah boleh main sembur2 jer kek anda. Warnakan dengan pantas dan sekata. Jimat MASA n tenaga anda, kurangkan KOS juga.

Mengapa lebih mudah untuk "AIRBRUSH" kan ajer DEKORASI anda.
Airbrush adalah alat yang membantu cake artist dalam menghasilkan efek warna yang SEMPURNA samaada pada kek, sugarfigurines, sugarflower, macarons ataupun coklat. Sama ada anda sedar atau pun tidak, ia boleh dikategori sebagai alat yang WAJIB ada didalam koleksi peralatan kek anda. Selain memudahkan kerja mewarna, ia menJIMATkan:
  • MASA 
  • KOS
anda. Bayangkan jika anda mendapat tempahan 100 biji kek cawan dengan dekorasi sekuntum bunga ros gula handmade untuk setiap kek cawan. Jenuhkan nak warna setiap satu kuntum dengan pewarna debu. Ia memakan masa yang lama. Semakin banyak masa yang diperlukan untuk menyiapkan dekorasi kek, semakin TINGGI KOS anda. Bermakna semakin MAHAL KEK tersebut. Jika ia berbaloi dan menepati bajet pelanggan, tidak mengapa. Namun, jika sebaliknya yang berlaku, anda wajar tahu bagaimana untuk mengurangkan kos tersebut.

Solusinya adalah membuat sedikit pelaburan untuk aset anda. Ia bukan sahaja boleh menjana lebih banyak order dan pendapatan anda, malah anda mampu menyiapkannya dalam masa yang singkat. Sebagai cake artist, sewajarnya anda tahu menguruskan aktiviti dekorasi dengan baik.



Airbrush adalah jawapan yang tepat.
❤️
Cake artist yang bijak adalah yang menggunakan AIRBRUSH untuk dekorasi kek. Andalah tu! 😘

🌪Haaa, jangan tunggu lama naa. Stok ada ni namun unit terhad sangat. Betul ni anda memang perlukan set ni, hubungi nombor dibawah sekarang ya. Kami bagi harga OFFER lagi sehingga waktu yang kami tetapkan, ok.
💥

.
💦WA +601120594988